Monday, May 9, 2016

Shuttle Bas Dari Putrajaya Sentral Ke PBAKL Maeps

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook & Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Dah pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Maeps ke? Ha ni nak cerita kat sini, pihak PBAKL telah menyediakan kemudahan shuttle bas dari beberapa lokasi ke Maeps Serdang sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bakal melabuhkan tirainya hari ini. Lokasi-lokasi ni termasuklah LRT Bukit Jalil, Putrajaya Sentral, Komuter KTM Serdang, UPM dan IOI City Mall.


Sebab itulah saya dengan senang hatinya dapat berkunjung ke pbakl walaupun sebelum ni dengar macam-macam komen bila pbakl berpindah dari Pwtc ke Maeps. Walaupun saya tak pernah ke Maeps dan memang tak tahu jalan nak ke sana tapi dengan adanya kemudahan shuttle bas ni saya tahu yang saya akan sampai dan pulang dengan selamat.

Dari KLIA2 saya ambil ERL ke Putrajaya Sentral dan dari Putrajaya Sentral saya naik shuttle bas ni terus ke Maeps. Ha senang kan. Bas pun selesa. Begitu juga kalau dari lokasi lain, cari jer bas yang ada sticker Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Maeps. Kalau tak jumpa, tanya jer kat mana-mana kaunter tiket.


So saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pbakl kerana menyediakan kemudahan shuttle bas ni. Memang mendapat sambutan lebih-lebih lagi bas dari UPM, LRT Bukit Jalil dan Komuter KTM Serdang. Memang sentiasa penuh. Harapan saya semoga kemudahan ini akan diadakan lagi setiap tahun sepanjang pesta buku berlangsung.

~wit♥~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...